Friday, 10 February 2012

***AYUH!!!! SELAMI JIWA 
& ROH BAHASA MELAYU***
 ~~~~~~~~~
Lihat
 


Monday, 23 January 2012

Assalamualaikum dan selamat 1Malaysia

org baru..generasi baru..fahaman baru...tetapi isu masih yg lama..BAHASA MELAYU.
Sayangnya saya kepada bahasa Melayu sehingga saya sanggup meluangkan sedikit masa yang suntuk ini untuk menbina blog ini..khusus untuk pelajar2 kesayangan..

Semoga perkara yang saya cuba sampaikan di sini dapat membantu pelajar saya untuk dijadikan sebagai pedoman di hari muka..


sedikit mukaddimah..

ada seseorang pernah bertanya cikgu..apa pentingnya Bahasa Melayu sehinggakan ramai duk sibuk nak pertahankannya..cikgu kelu..bukan sebab memikirkan jawapannya atau sibuk karang alasan yg nak diberikan..tetapi kelu..terkejut kerana soalan seperti itu dikeluarkan oleh seorang rakan yang berbangsa Melayu dari dalam kandungan ibunya lagi (itu cikgu sgt pasti krn sejak dari kecil kami berkawan, sama baya..huhu)

Wahai pelajar kesayangan!!!
Sekiranya anda berada di tempat saya..apakah jawapan yang anda patut berikan kepada persoalan tersebut..sama-sama kita renungkan..dan sama-sama kita terjemahkan sebagai satu bentuk perbincangan di laman ini..


Sunday, 22 January 2012


SENI SASTERA MELAYU WAJAR DIPERTAHANKAN

Dewasa ini, seni sastera Melayu telah dilupai dan tidak diketahui butir bicaranya oleh generasi muda..
Pelajar hanya mengetahuinya setelah seni ini telah dimodenkan dengan memasukkannya ke dalam sukatan Pelajaran seperti KOMSAS untuk subjek BM serta subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah menengah..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya pelajar dapat mengetahui apa itu SASTERA MELAYU yang penuh kesenian, kesantunan dan keikhlasan dalam penyampaiannya..

SASTERA MELAYU?
Sastera Melayu yang terkandung dalam KOMSAS terbahagi kepada banyak genre..antaranya:

  • Puisi moden seperti sajak 
  • Puisi tradisional seperti pantun, syair (cuma menyebut beberapa genre)
  • cerpen
  • drama, serta
  • prosa tradional
Dengan terbentuknya KOMSAS di peringkat sekolah menengah ini, diharapkan hasil garapan pengkarya-pengkarya seni sastera Melayu dapat diterjemahkan dengan sempurna dan dapat diaplikasikan oleh pelajar dengan baik. Hal ini penting agar budaya Melayu dapat dikekalkan dan dipertahankan oleh generasi muda kini yang merupakan bakal pemimpin negara pada masa akan datang.